Notis Privasi Data (Malaysia)
Notis Privasi Data ini terpakai kepada ahli-ahli kumpulan syarikat Health Management International Pte Ltd di Malaysia, termasuk, tanpa had, Health Management International (Malaysia) Sdn Bhd, HMI Healthcare Services Sdn Bhd, Mahkota Medical Centre Sdn Bhd, Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, REN TCM Sdn Bhd dan ahli-ahli lain dari semasa ke semasa ("HMI Medical" atau "kami").
Privasi anda adalah penting bagi kami. Kami komited untuk mengendalikan Data Peribadi anda di bawah kawalan kami dengan berhati-hati.
Dokumen ini bertujuan untuk memaklumkan anda tentang amalan kami mengenai pengurusan Data Peribadi. Anda harus membaca Notis Privasi Data ini untuk mengetahui dan memahami tujuan kami mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda. Ia melengkapi sebarang persetujuan lain yang mungkin telah anda berikan kepada kami sebelum ini berkenaan Data Peribadi anda.
Kami mungkin akan mengemas kini Notis Privasi Data ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kami memuat naik Notis Privasi Data yang telah dikemaskini di Platform HMI yang berkaitan (seperti yang ditakrifkan di bawah). Anda dinasihatkan untuk menyemak Notis Privasi Data ini secara berkala bagi sebarang perubahan. Semua interaksi anda dengan kami akan tertakluk kepada versi terkini Notis Privasi Data yang berkuatkuasa pada masa yang berkaitan.
Dengan terus berkomunikasi dengan HMI Medical atau dengan terus menggunakan perkhidmatan HMI Medical selepas sebarang pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Notis Privasi Data ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Notis Privasi Data Bahasa Inggeris ini dan Notis Privasi Data Bahasa Malaysia yang sepadan, terma dalam Notis Privasi Data Bahasa Inggeris ini akan diutamakan.
1. Data Peribadi
1.1 Dalam Notis Privasi Data ini, "Data Peribadi" merujuk kepada sebarang maklumat berkenaan dengan transaksi komersial, yang (a) sedang diproses sepenuhnya atau sebahagiannya melalui peralatan yang beroperasi secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan untuk tujuan tersebut; (b) direkodkan dengan niat bahawa ia harus diproses sepenuhnya atau sebahagiannya melalui peralatan tersebut; atau (c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia harus menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang ada dalam pemilikan pengawal data, termasuk sebarang data peribadi sensitif (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang merujuk kepada mana-mana data peribadi yang terdiri daripada maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik anda, kepercayaan agama anda atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau pengataan perlakuan apa-apa kesalahan oleh anda atau mana-mana data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta) serta ungkapan pendapat mengenai anda dan termasuk apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda atau mana-mana pihak ketiga lain yang berkaitan dengan anda yang telah dikumpulkan atau diberikan kepada HMI Medical untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah; tetapi tidak termasuk sebarang maklumat yang diproses untuk tujuan perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
1.2 Bagi konteks Notis Privasi Data ini, contoh "Data Peribadi" yang mungkin anda berikan kepada kami termasuk (bergantung kepada jenis interaksi anda dengan kami) nama anda, nombor kad pengenalan (NRIC), pasport atau nombor pengenalan lain, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, data peribadi sensitif dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan mana-mana individu yang telah anda berikan kepada kami dalam mana-mana borang yang anda serahkan kepada kami, atau melalui interaksi lain dengan anda.
2. Pengumpulan Data Peribadi
2.1 Secara umum, kami boleh mengumpul Data Peribadi anda melalui cara-cara berikut:
(a) apabila anda mengemukakan sebarang borang, contohnya borang pertanyaan pesakit atau borang lain yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan kami;
(b) apabila anda memeterai sebarang perjanjian atau memberikan dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, atau apabila anda menggunakan perkhidmatan kami;
(c) apabila anda berinteraksi dengan kakitangan kami, termasuk pegawai perkhidmatan pelanggan, contohnya, melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faks, pertemuan bersemuka, media sosial dan platform digital lain serta e-mel;
(d) apabila anda berinteraksi dengan kami melalui laman web kami, aplikasi mudah alih atau platform digital lain ("Platform HMI") atau menggunakan perkhidmatan pada Platform HMI kami;
(e) apabila anda meminta kami untuk menghubungi anda atau meminta agar anda dimasukkan dalam senarai e-mel atau senarai mel lain;
(f) apabila anda memberikan respons kepada promosi, inisiatif kami atau kepada sebarang permintaan untuk Data Peribadi tambahan;
(g) apabila anda mengemukakan permohonan kerja atau apabila anda memberikan dokumen atau maklumat termasuk resume dan/atau CV anda berhubung dengan sebarang pelantikan sebagai pegawai, pengarah, wakil, atau mana-mana jawatan lain;
(h) apabila imej anda dirakam melalui kamera CCTV kami semasa anda berada di dalam premis kami, atau melalui gambar atau video yang diambil oleh kami atau wakil kami semasa anda menghadiri acara kami;
(i) apabila anda dihubungi oleh, dan memberi respons kepada, wakil pemasaran dan pegawai perkhidmatan pelanggan kami;
(j) apabila kami meminta maklumat tentang anda dan menerima Data Peribadi anda berkenaan dengan hubungan anda dengan kami, termasuk untuk produk dan perkhidmatan kami atau permohonan kerja, contohnya, daripada rakan kongsi perniagaan, agensi awam, bekas majikan anda, perantara rujukan dan pihak berkuasa yang berkaitan; dan/atau
(k) apabila anda mendaftar dengan kami sebagai pesakit, pekerja, rakan perniagaan dan pihak lain yang berkaitan; dan/atau
(l) apabila anda mengemukakan dan/atau menyediakan Data Peribadi anda kepada kami untuk sebarang sebab lain.
2.2 Apabila anda melayari laman web kami, secara amnya anda melakukannya secara tanpa nama, namun demikian, sila rujuk perenggan 6 di bawah untuk maklumat mengenai kuki dan teknologi lain yang telah kami gunakan di laman web kami.
2.3 Jika anda memberikan kami sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (contohnya, maklumat mengenai pasangan, anak-anak, ibubapa, dan/atau pekerja-pekerja anda), dengan mengemukakan maklumat tersebut kepada kami, anda mengisytiharkan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga tersebut untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk tujuan yang berkaitan, dan bahawa Data Peribadi tersebut telah dikumpul selaras dengan pematuhan kepada PDPA.
2.4 Anda harus memastikan bahawa semua Data Peribadi yang dikemukakan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan anda untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan kami tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta, atau kelewatan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta, atau kelewatan dalam memproses permohonan anda.
3. Tujuan Pengumpulan, Penggunaan, Pemprosesan dan Penzahiran Data Peribadi Anda
3.1 Secara amnya, kami mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
(a) Jika anda merupakan pesakit atau pelanggan prospektif, semasa, atau bekas HMI Medical:
(i) menyediakan perkhidmatan, perkhidmatan dan sokongan pelanggan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan hubungan pelanggan, pemprosesan kemasukan anda, pemprosesan dan penyelesaian bil, memudahkan, mengatur dan memberikan peringatan mengenai janji temu, pemeriksaan perubatan, saringan atau pemeriksaan kesihatan anda, memohon visa bagi pihak anda, menghubungi anda mengenai laporan dan keputusan perubatan, memberikan panggilan susulan, memberikan sokongan pentadbiran kepada anda, serta mengurus perlindungan insurans dan memproses tuntutan insurans);
(ii) mengurus dan memproses permintaan anda termasuk mencipta dan mengekalkan profil pelanggan kami dalam pangkalan data sistem kami untuk tujuan pentadbiran di pelbagai fasiliti HMI Medical;
(iii) menyediakan perkhidmatan sebagai vendor apabila anda mendaftar atau melanggan salah satu perkhidmatan kami, membuat pesanan untuk produk atau perkhidmatan kami atau menggunakan perkhidmatan dalam talian kami, berinteraksi dengan kami melalui apa-apa cara lain, seperti melalui media sosial, memberikan sebarang testimoni atau maklum balas lain mengenai produk dan/atau perkhidmatan, memberi komen pada mana-mana blog atau artikel terpilih, mendaftar untuk tawaran istimewa kami atau kemas kini lain, serta mengisi tinjauan;
(iv) memperibadikan pengalaman anda di pelbagai titik sentuh HMI Medical (termasuk, tanpa had, mana-mana Platform HMI) dan menjalankan penyelidikan pasaran, memahami dan menganalisis tingkah laku pelanggan, lokasi, keutamaan dan demografi untuk menambahbaik tawaran perkhidmatan kami;
(v) menguruskan penjagaan perubatan (termasuk menyimpan rekod kes dan prosedur pesakit, memberikan ubat, mengarahkan ujian perubatan, laporan dan sampel biologi);
(vi) berurusan dengan doktor pakar pihak ketiga, klinik, hospital dan/atau institusi perubatan yang berkaitan dengan penjagaan perubatan anda (termasuk memberi mereka akses kepada rekod perubatan anda);
(vii) jika anda menggunakan mana-mana Platform HMI atau sistem pendaftaran dan pembayaran dalam talian, memaparkan data perubatan anda, menghantar notifikasi berkaitan kesihatan kepada anda dan memudahkan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda;
(viii) mengendali pemulihan hutang dan pengurusan hutang;
(ix) menzahirkan Data Peribadi anda pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja menurut arahan kawal selia, perundangan, undang-undang atau di bawah perintah mahkamah;
(x) menzahirkan Data Peribadi anda kepada pembekal/vendor HMI Medical sekiranya ia diperlukan untuk pelaksanaan perkhidmatan mereka atau jika dikehendaki oleh undang-undang dan/atau pihak berkuasa bahawa pengguna akhir yang menggunakan ubat/peralatan tersebut mesti direkodkan;
(xi) membolehkan HMI Medical bertindak balas kepada permintaan Data Peribadi yang mungkin termasuk Data Peribadi pesakit selaras dengan PDPA dan peraturan berkaitan; dan/atau
(xii) tujuan yang berhubung kait secara munasabah dengan perkara di atas.
(b) Jika anda seorang penjaga yang dinamakan atau waris terdekat bagi pesakit atau pelanggan HMI Medical:
(i) memaklumkan anda mengenai status perubatan dan lokasi pesakit;
(ii) penzahiran Data Peribadi anda pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja menurut arahan kawal selia atau di bawah undang-undang atau perintah mahkamah; dan/atau
(iii) tujuan yang berhubung kait secara munasabah dengan perkara di atas.
(c) Jika anda seorang pekerja, pegawai atau pemilik penyedia perkhidmatan luar atau vendor yang diupah atau berpotensi oleh HMI Medical:
(i) menilai kesesuaian anda atau organisasi anda sebagai penyedia perkhidmatan luar atau vendor untuk HMI;
(ii) menguruskan tender dan sebut harga projek, memproses pesanan atau menguruskan pembekalan barangan dan perkhidmatan;
(iii) mencipta dan mengekalkan profil penyedia perkhidmatan dan vendor kami dalam pangkalan data sistem kami;
(iv) pemprosesan dan pembayaran invois dan bil vendor;
(v) pengurusan fasiliti (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran pas akses pelawat dan memudahkan kelulusan keselamatan);
(vi) penzahiran Data Peribadi anda pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah;
(vii) mengendali pemulihan hutang dan pengurusan hutang; dan/atau
(viii) tujuan yang berhubung kait secara munasabah dengan perkara di atas.
(d) Jika anda mengemukakan permohonan kepada kami sebagai calon untuk pekerjaan, latihan amali atau biasiswa:
(i) menjalankan sesi temu duga;
(ii) memproses permohonan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan pra-pengambilan yang melibatkan kelayakan anda dan memudahkan sesi temu duga);
(iii) mendapatkan rujukan, saringan latar belakang, dan menilai kesesuaian anda untuk jawatan yang dipohon;
(iv) mendaftarkan calon yang berjaya sebagai pekerja kami dan memudahkan perancangan dan pengurusan sumber manusia (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan surat tawaraan pekerjaan, kad nama dan pas akses bangunan); dan/atau
(v) tujuan yang berhubung kait secara munasabah dengan perkara di atas.
(e) Jika anda seorang pekerja sedia ada HMI Medical:
(i) menyediakan saraan, menyemak gaji dan bonus, menjalankan kajian penanda aras gaji, penilaian prestasi kakitangan, serta mengiktiraf individu atas perkhidmatan mereka dan memberikan anugerah;
(ii) proses pentadbiran dan sokongan yang berkaitan dengan pekerjaan anda, termasuk orientasi kakitangan, pengurusan dan penamatan pekerjaan, serta faedah kakitangan, perjalanan, tenaga kerja, kesinambungan perniagaan dan pengurusan atau sokongan logistik, memproses tuntutan perbelanjaan, permohonan insurans perubatan, pemeriksaan kesihatan dan imunisasi, pentadbiran cuti, pelan insentif jangka panjang, latihan, pembelajaran dan pembangunan bakat, serta merancang dan menganjurkan acara korporat;
(iii) menyediakan anda dengan alat dan/atau kemudahan untuk membolehkan atau memudahkan pelaksanaan tugas anda;
(iv) memudahkan akreditasi profesional dan mematuhi audit pematuhan;
(v) menyusun dan menerbitkan direktori dalaman dan senarai hubungan kecemasan untuk kesinambungan perniagaan;
(vi) menguruskan projek tanggungjawab sosial korporat;
(vii) menjalankan analitik dan penyelidikan untuk perancangan dan pengurusan sumber manusia, serta bagi membolehkan kami menilai, membangun, mengoptimumkan dan menambah baik amalan, persekitaran dan produktiviti kerja;
(viii) memastikan bahawa operasi pentadbiran dan perniagaan HMI Medical berfungsi secara selamat, cekap dan berkesan (termasuk tetapi tidak terhad kepada memeriksa atau memantau mana-mana perisian dan/atau perkakasan computer yang dipasang di HMI Medical, e-mel kerja dan peranti digital serta peranti storan anda);
(ix) pematuhan kepada sebarang peraturan, undang-undang, kod amalan atau garis panduan yang berkenaan atau untuk membantu penguatkuasaan undang-undang dan siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penzahiran kepada badan kawal selia, menjalankan pemeriksaan audit atau pengawasan dan penyiasatan);
(x) mengendali proses pemberhentian pekerjaan;
(xi) penzahiran Data Peribadi anda pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja menurut arahan kawal selia atau undang-undang atau perintah mahkamah yang berkenaan;
(xii) mengendali pemulihan hutang dan pengurusan hutang; dan/atau
(xiii) tujuan lain yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.
(f) Jika anda seorang pengamal perubatan/pergigian atau pengamal perubatan tradisional dan komplementari di HMI:
(i) memudahkan akreditasi profesional dan mematuhi audit pematuhan;
(ii) memudahkan pembayaran yuran yang dikutip bagi pihak anda;
(iii) mengurus dan menyediakan anda dengan alat, perkhidmatan dan/atau kemudahan untuk membolehkan atau memudahkan pelaksanaan tugas anda;
(iv) merancang dan menganjurkan acara untuk pengamal;
(v) mencipta dan menyelenggara profil doktor bertauliah kami dalam pangkalan data sistem kami;
(vi) pengurusan kemudahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan pas akses pelawat dan memudahkan kelulusan keselamatan);
(vii) penzahiran Data Peribadi anda pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja menurut arahan kawal selia atau undang-undang atau perintah mahkamah ;
(viii) mengendali pemulihan hutang dan pengurusan hutang; dan/atau
(ix) tujuan lain yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.
3.2 Selanjutnya, jika dibenarkan di bawah PDPA, HMI Medical juga boleh mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tambahan berikut:
(a) mengambil atau merakam gambar dan video untuk tujuan publisiti korporat atau pemasaran, dan memaparkan gambar dan/atau testimoni anda dalam artikel dan bahan publisiti kami;
(b) menyediakan atau memasarkan perkhidmatan dan faedah kepada anda atau kepada pesakit kami secara umum, termasuk promosi, peningkatan perkhidmatan, program kesetiaan dan/atau keahlian serta menghantar kemas kini berkaitan penjagaan kesihatan, jemputan acara, buletin dan maklumat pemasaran serta promosi yang telah kami kenal pasti sebagai berkaitan dan/atau menarik minat anda;
(c) menganjurkan jerayawara, lawatan, kempen (termasuk kempen pemeriksaan kesihatan atau vaksinasi) dan promosi atau acara serta mengendali peraduan dan pertandingan;
(d) memadankan Data Peribadi dengan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan lain dan daripada sumber lain (termasuk pihak ketiga) yang berkaitan dengan penyediaan atau penawaran perkhidmatan;
(e) menghantar butiran perkhidmatan, kemas kini klinik, maklumat berkaitan kesihatan dan ganjaran kepada anda, sama ada kepada pelanggan kami secara umum, atau yang telah kami kenal pasti mungkin menarik minat anda;
(f) menjalankan penyelidikan pasaran, mengagregat dan menganalisis profil dan data pelanggan untuk menentukan corak dan trend berkaitan kesihatan, memahami dan menganalisis tingkah laku, lokasi, keutamaan serta demografi pelanggan bagi membolehkan kami menawarkan produk dan perkhidmatan lain serta tawaran istimewa dan program pemasaran yang mungkin berkaitan dengan keutamaan dan profil anda;
(g) tujuan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan kami, termasuk, tanpa had, pelaksanaan kewajipan kontrak, invois, pengebilan dan pengurusan akaun, kewangan dan perakaunan, penyelidikan dan pembangunan, pelaporan dalaman, pengurusan dan kawalan, dan sebarang aktiviti lain yang berkaitan secara munasabah; dan/atau
(h) tujuan yang berhubung kait secara munasabah dengan perkara di atas.
3.3 Jika anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima maklumat pemasaran atau promosi melalui butiran hubungan anda, maka dari semasa ke semasa, HMI Medical boleh menghubungi anda menggunakan butiran hubungan yang telah anda berikan kepada kami, dengan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami.
3.4 Berkaitan dengan perkhidmatan tertentu atau dalam interaksi anda dengan kami, kami juga mungkin telah memaklumkan anda secara khusus tentang tujuan lain kami mengumpul, menggunakan atau menzahirkan Data Peribadi anda. Jika demikian, kami akan mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan tambahan tersebut juga, melainkan kami telah memaklumkan anda sebaliknya secara khusus.
3.5 Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/komunikasi pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 12 di bawah.
3.6 Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran atau promosi, kami masih boleh menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung kait dengan perkhidmatan yang anda telah minta atau beli daripada HMI Medical.
4. Penzahiran Data Peribadi
4.1 HMI Medical akan mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penzahiran yang tidak dibenarkan. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang berkenaan, Data Peribadi anda boleh dizahirkan, bagi tujuan yang disenaraikan di atas (jika berkenaan), kepada entiti atau pihak berikut, sama ada yang berada di luar negara atau di Malaysia:
(a) di kalangan entiti dan ahli gabungan HMI Medical (termasuk kakitangan mereka dan pengamal perubatan / pergigian / perubatan tradisional dan komplementari, jururawat berdaftar, pembantu perubatan, ahli teknologi, kakitangan kesihatan bersekutu, kakitangan paramedik atau kakitangan penjagaan kesihatan lain yang dilantik atau dirujuk untuk penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan termasuk, tetapi tanpa had kepada, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998);
(b) pengamal perubatan/pergigian pihak ketiga, klinik, hospital dan/atau institusi perubatan;
(c) syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan insurans kepada HMI Medical;
(d) ejen, kontraktor, sub-kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan operasi, pemasaran, perniagaan atau sokongan lain kepada HMI Medical;
(e) pelanggan korporat kami;
(f) mana-mana rakan kongsi perniagaan, pelabur, pemegang serahhak atau penerima pindahan (sebenar atau prospektif) untuk memudahkan transaksi aset perniagaan (yang mungkin melibatkan sebarang penggabungan, pengambilalihan atau penjualan aset);
(g) bank luaran, syarikat kad kredit, institusi kewangan lain dan penyedia perkhidmatan masing-masing;
(h) penasihat profesional kami seperti perunding, juruaudit dan peguam;
(i) syarikat insurans pihak ketiga, majikan pesakit, penjamin dan/atau agensi pelaporan kredit/syarikat pengurusan data kredit;
(j) pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkaitan atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi mana-mana undang-undang, kaedah, garis panduan dan peraturan atau skim yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan (termasuk Kementerian Kesihatan);
(k) berkaitan dengan transaksi korporat, seperti penggabungan, penyatuan, atau sekiranya berlaku penggulungan; dan/atau
(l) mana-mana pihak lain yang anda benarkan kami untuk menzahirkan Data Peribadi anda.
4.2 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan Data Peribadi anda tanpa kebenaran oleh pihak ketiga yang sepenuhnya berpunca daripada faktor di luar kawalan kami.
5. Peyimpanan Data Peribadi
5.1 HMI Medical akan menyimpan Data Peribadi tersebut sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan Data Peribadi tersebut dikumpulkan, dan bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan perniagaan yang berkenaan, setakat yang diperlukan untuk mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan, dan/atau seperti yang dinasihatkan oleh undang-undang dan peraturan tempatan.
6. Penggunaan Kuki, Suar Web dan Teknologi Serupa
6.1 Apabila anda melayari atau berinteraksi dengan laman web dan perkhidmatan kami, kami atau penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa oleh kami mungkin menggunakan kuki, suar web dan teknologi lain yang serupa untuk mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu kami memberikan anda pengalaman web yang lebih baik, lebih cepat dan lebih selamat.
6.2 Maklumat yang dikumpul oleh kami atau penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa oleh kami mungkin mengenal pasti pelawat sebagai pengguna unik dan mungkin mengumpul maklumat seperti cara pelawat tiba di laman web kami, jenis pelayar web yang digunakan, sistem operasi yang digunakan oleh pelawat, alamat IP pelawat serta maklumat aliran klik pelawat dan cap masa pelawat (contohnya, halaman yang dilayari, waktu halaman diakses dan tempoh masa yang dihabiskan untuk setiap halaman web).
6.3 Penggunaan kuki, suar web dan teknologi serupa oleh kami mempunyai fungsi yang berbeza. Ia sama ada diperlukan untuk fungsi perkhidmatan kami, membantu kami meningkatkan prestasi kami, atau berfungsi untuk menyediakan fungsi tambahan kepada anda. Ia juga boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan yang lebih relevan kepada anda dan minat anda, atau untuk menyasarkan pengiklanan kepada anda di dalam atau di luar laman web kami atau Platform HMI.
6.4 Kami menawarkan ciri dan perkhidmatan tertentu di laman web yang hanya tersedia melalui penggunaan teknologi ini. Anda sentiasa bebas untuk menyekat, memadam atau melumpuhkan teknologi ini jika penyemak imbas anda membenarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menolak kuki atau teknologi lain yang serupa, anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri atau alat perkhidmatan tertentu di laman web kami.
7. Laman Pihak Ketiga
Platform HMI mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Walaubagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan perlindungan data laman web pihak ketiga tersebut walaupun sesetengah laman web ini mungkin menggunakan penjenamaan bersama dengan logo atau tanda dagangan kami. Sebaik sahaja anda telah meninggalkan Platform HMI kami, anda harus menyemak Notis Privasi Data yang berkenaan di laman web pihak ketiga tersebut untuk menentukan bagaimana mereka mengendalikan sebarang maklumat yang dikumpulkan daripada anda.
8. Pesakit yang Tidak Kompeten
Untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit kami, HMI Medical mungkin mengumpul Data Peribadi daripada Pesakit yang Tidak Kompeten. "Pesakit yang Tidak Kompeten" merujuk kepada pesakit yang diperakui secara perubatan sebagai tidak kompeten dari segi mental atau tidak kompeten dari segi undang-undang, atau dia ialah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya Data Peribadi sedemikian diberikan kepada HMI Medical, anda, sebagai penjaga sah, dengan ini bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Pesakit yang Tidak Kompeten tersebut, serta secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Data ini dan bertanggungjawab terhadap tindakannya.
9. Ketepatan Maklumat
Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda dan memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kebergantungan kepada data yang diberikan sekiranya data tersebut tidak tepat atau tidak lengkap.
10. Pemindahan Data Peribadi Ke Luar Malaysia
Disebabkan kehadiran antarabangsa kami, Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh entiti HMI Medical, ahli gabungannya dan penyedia perkhidmatannya dalam bidang kuasa selain Malaysia, bagi membolehkan HMI Medical memenuhi tujuannya yang diterangkan dalam Notis ini, melaksanakan perkhidmatan yang dipersetujui dengan sewajarnya dan/atau memenuhi kewajipan kontraknya dengan anda.
11. Kegagalan untuk membekalkan dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi
Selain Data Peribadi yang dikumpul, digunakan dan dizahirkan untuk tujuan pemasaran langsung, anda mesti memberikan kami Data Peribadi yang kami minta daripada anda. Jika anda tidak memberikan persetujuan dan tidak menyediakan Data Peribadi anda kepada kami, ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan dan/atau produk yang diminta kepada anda.
12. Menghubungi Kami – Penarikan Balik Persetujuan, Akses dan Pembetulan Data Peribadi anda
12.1 Jika anda:
(a) mempunyai sebarang soalan atau maklum balas yang berkaitan dengan Data Peribadi anda atau Notis Privasi Data kami;
(b) ingin menarik balik persetujuan anda terhadap sebarang penggunaan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Data ini;
(c) ingin memaklumkan kepada kami tentang perubahan kepada Data Peribadi anda atau mendapatkan akses dan membuat pembetulan kepada rekod Data Peribadi anda; atau
(d) ingin membuat aduan mengenai pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penzahiran Data Peribadi anda;
sila hubungi entiti yang berkenaan yang telah anda berikan Data Peribadi anda melalui butiran hubungan berikut:
Health Management International (Malaysia) Sdn Bhd
Suite 19.01, Level 19, Menara IGB,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
E-mel: dataprotection@hmimedical.com
HMI Healthcare Services Sdn Bhd
Regency Medical Care Centre
G-051-054, Aras Tanah (Ground Floor)
The Mall, Mid Valley Southkey, PTD 236228
No. 1 Persiaran Southkey 1,
Mukim Plentong 80150, Johor Bahru, Malaysia
E-mel: dpo@regencyspecialist.com
Telefon: +60 7-333 8888
Jabatan Khidmat Pelanggan
Regency Specialist Hospital Sdn Bhd
No.1, Jalan Suria,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor.
E-mel: dpo@regencyspecialist.com
Telefon: +60 7-381 7700
Jabatan Pengalaman Pesakit
Mahkota Medical Centre Sdn Bhd
3 Mahkota Melaka,
Jalan Merdeka,
75000 Melaka.
E-mel: info@mahkotamedical.com
Telefon: +60 6-285 2999
Jabatan Pentadbiran
REN TCM Sdn Bhd
No 13 (GF) & 15 (GF),
Jalan Suria 1/3, Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor.
E-mel: dpo@regencyspecialist.com
Telefon: +60 16-212 2617 / +60 7-382 3840
12.2 Ia mungkin mengambil masa selama 21 hari kalendar untuk perubahan yang diminta di bawah perenggan 12.1(a) dan 12.1(b) di atas untuk dikemaskini dalam sistem kami. Selain itu, kami berhak untuk mengenakan bayaran minimum untuk memenuhi sebarang permintaan akses data seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan.
12.3 Harap maklum bahawa jika Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami oleh pihak ketiga (contohnya pengamal am atau majikan anda atau pentadbir pihak ketiga), anda harus menghubungi organisasi atau individu tersebut untuk membuat pertanyaan, aduan, dan permintaan akses dan pembetulan kepada HMI Medical bagi pihak anda.
12.4 Jika anda menarik balik persetujuan anda untuk mana-mana atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung pada jenis permintaan anda, HMI Medical mungkin tidak dapat terus menyediakan produk dan perkhidmatannya kepada anda, atau menguruskan sebarang hubungan kontrak yang sedia ada, ini juga boleh mengakibatkan penamatan sebarang perjanjian dengan HMI Medical, dan anda mungkin melanggar kewajipan atau tanggungjawab kontrak anda. Hak dan remedi undang-undang HMI Medical dalam keadaan sedemikian terpelihara secara nyata.
12.5 Tertakluk kepada peruntukan PDPA, anda boleh, setelah pembayaran fi yang ditetapkan, membuat permintaan akses data secara bertulis kepada kami dengan melengkapkan Borang Permintaan Akses yang boleh dimuat turun di sini, dan mengembalikannya kepada kami.
12.6 Jika kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda tentang penarikan balik persetujuan anda terhadap pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penzahiran Data Peribadi anda oleh HMI Medical seperti yang dinyatakan di atas, kami berhak untuk menganggap bahawa anda telah memberikan persetujuan dan bersetuju dengan terma yang dinyatakan di atas.
12.7 Bergantung pada permintaan anda, mungkin terdapat keadaan di mana kami enggan mematuhi permintaan akses data atau permintaan pembetulan data dan kami hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda tentang penolakan tersebut dan alasan penolakan kami. Kami juga mungkin memerlukan pemohon Data Peribadi (di mana pemohon bukan pemilik Data Peribadi) untuk mengemukakan borang persetujuan daripada pemilik Data Peribadi yang membenarkan dan menanggung kerugian kami bagi mendedahkan atau membetulkan Data Peribadi tersebut.
13. Undang-undang yang mentadbir
Notis Privasi Data ini akan ditadbir dalam semua aspek oleh undang-undang Malaysia.
Tarikh: 18 Disember 2025

