RGENCY

Keperluan / Pra-Kemasukan

  • Patuhi saranan doktor untuk dimasukkan untuk rawatan lanjut.
  • Berbincanglah tentang kebimbangan anda dengan doktor.
  • Dengan persetujuan anda untuk dimasukkan, doktor dan kakitangan akan meneruskan proses kemasukan.
  • Jika anda menjalani pembedahan:
    1. 1Tiba di hospital sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu pembedahan yang dijadualkan atau mengikut nasihat doktor.
    2. 2Jangan makan atau minum bermula dari tarikh dan masa yang telah diarahkan oleh doktor.

Kemasukan

  • Buat pendaftaran di Kaunter Kemasukan & Pendaftaran di Lantai Bawah berserta dokumen berikut:
    1. 1Kad pengenalan atau pasport anda.
    2. 2Sijil lahir atau MyKad anak anda jika berumur bawah 12 tahun. (Jika anak anda dimasukkan ke hospital)
    3. 3Kad pengenalan atau pasport penjamin. Penjamin hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas pada masa kemasukan.
    4. 4Notis kemasukan daripada doktor anda.
    5. 5Rundingan dengan pakar psikologi atau pakar psikiatri.
  • Penuhkan:
    • Borang Kaunseling Kemasukan.
    • Borang Kaunseling Kewangan.
    • Borang Persetujuan.
  • Anggaran deposit minimum diperlukan untuk kes perubatan:
    • Wad Am – RM2,000.
    • Unit Rawatan Rapi (ICU) – RM5,000.
  • Full amount of estimated cost is required for surgical case

Untuk wad am, anda boleh memilih jenis bilik. (Tertakluk kepada ketersediaan)


Kit kemasukan percuma berserta kelengkapan penjagaan diri asas akan diberikan kepada anda. Petugas kami akan membawa anda untuk pemeriksaan yang diperlukan atau ke wad selepas proses kemasukan selesai.

Semasa di hospital

  • Jururawat kami akan:
    1. 1Memakaikan gelang pengenalan kepada anda.
    2. 2Mengendalikan penilaian awal.
    3. 3Menjelaskan tentang orientasi kemasukan.
  • Jururawat kami akan memaklumkan prosedur seterusnya kepada anda dari semasa ke semasa.

Sila datangi petugas kami di Kaunter Jururawat atau hanya tekan loceng panggilan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan sepanjang berada di hospital. Perkhidmatan ini adalah percuma.


Bagi melindungi perancangan kesihatan anda, anda tidak boleh mengambil sebarang ubat sendiri termasuk herba dan makanan tambahan sepanjang kemasukan anda. Semua ubat perlu disediakan oleh pihak hospital.

Keluar Hospital

  • Setelah doktor membuat penilaian dan memastikan anda sihat untuk keluar, sila berikan masa 2 jam untuk pemprosesan bil akhir.
  • Apabila bil telah sedia, sila buat pembayaran di:
    • Waktu pejabat - Ruang Keluar Hospital di Tingkat 2.
    • Selepas waktu pejabat - Kaunter Pembayaran di Kemalangan & Kecemasan.
  • Selepas pembayaran, sila lakukan perkara berikut mengikut turutan:
    1. 1Kembalikan Notis Keluar Hospital ke Kaunter Jururawat di wad.
    2. 2Dapatkan jururawat untuk mengeluarkan branula anda.
    3. 3Dapatkan x-ray, laporan makmal dan kad temujanji daripada jururawat yang bertugas, sekiranya sebarang pemeriksaan susulan diperlukan.
    4. 4Ambil semua barang dan barang berharga anda di dalam bilik.
    5. 5Dapatkan ubat yang dipreskripsi (jika ada) daripada Kaunter Farmasi dan pastikan pesakit memahami arahan berkenaan dos dan penggunaannya.

Jika anda memilih untuk menetap lebih lama, caj tambahan akan dikenakan pada kadar bilik sehari penuh jika anda keluar selepas pukul 12tgh.


Kerani wad akan memaklumkan kepada pesakit apabila bil sedia untuk diselesaikan.

Rumah / Susulan

Untuk keselamatan anda, adalah dinasihatkan agar anda mempunyai saudara atau rakan untuk membawa anda pulang ke rumah.


Jangan lupa untuk kembali untuk lawatan susulan di klinik doktor anda.

Have question?
Get in touch with Regency