Gambaran keseluruhan
Pakar dan profesional perubatan di Jabatan Endoskopi, Hospital Pakar Regency menjalankan lebih 4,000 prosedur endoskopi setahun.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
Endoskopi merupakan satu bentuk siasatan perubatan yang boleh menghasilkan pelan rawatan sekiranya penyakit berjaya dikesan. Di Regency, Unit Endoskopi kami terdiri daripada 3 Pakar Respirologi, 2 Pakar Urologi, 2 Pakar Gastroenterologi dan 3 Pakar Bedah yang menjalankan lebih 4,000 prosedur endoskopi setahun dengan bantuan 6 jururawat yang berpengalaman dalam bidang endoskopi, 2 jururawat pelatih dan seorang pembantu penjagaan pesakit.
Prosedur endoskopi termasuk mengesan, mengambil sampel atau mengeluarkan tumor atau bendasing dari paru-paru dan saluran penghadaman, mengambil sejumlah kecil sampel tisu badan untuk tujuan diagnostik (biopsi), mengeluarkan batu hempedu daripada saluran hempedu dan meletakkan tiub (stent) melalui sumbatan dalam saluran hempedu, esofagus, duodenum atau usus besar (kolon).
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Kolonoskopi
- Bronkoskopi
- Gastroskopi
Specialist doctors
Make an appointment with our specialist today
Contact info
Location: 1st Floor
Telephone: +60 7-381 7758 Ext 5145+60 7-381 7758 Ext 5145
Email: info@regencyspecialist.com
Operating Hours:
Isnin – Jumaat: 8.00pg – 5.00ptg
Sabtu – Ahad: 8:00pg – 12:00tgh
Cuti Umum: Buka