RGENCY

Gambaran keseluruhan

Farmasi Regency menawarkan ubat preskripsi kepada pesakit. Ia juga membekalkan preskripsi untuk pesakit yang akan keluar dari hospital dan berkepakaran dalam memenuhi permintaan ubat-ubatan yang sukar diperolehi di farmasi luar.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

Ahli farmasi kami memainkan peranan yang penting dalam pelan rawatan pesakit dengan membantu pesakit memahami segala butiran tentang ubat-ubatan dan kepentingan kepatuhan kepada ubat.


Pesakit yang meminta ubat pesanan khas boleh menghubungi farmasi 1-2 hari lebih awal sebelum mengambil ubat mereka.


Perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  • Semakan Terapi Ubat dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Onkologi
  • Farmasi Kedai Ubat
  • Farmasi Runcit

Perkhidmatan kaunseling disediakan untuk keadaan berikut:

  • Antikoagulan – warfarin, dabigatran (Pradaxa), rivaroxaban (Xarelto) dan apixaban (Eliquis)
  • Antidepresan
  • Asma
  • Kanser
  • Diabetes
  • Ubat-ubatan untuk sakit jantung
  • Produk belian di kaunter, vitamin dan makanan tambahan
  • Nasihat kesihatan am dan banyak lagi


Farmasi Runcit
Farmasi Runcit kami menawarkan pelbagai produk daripada makanan tambahan, barangan penjagaan kulit khusus, alat bantu mobiliti dan peranti perubatan kegunaan di rumah. Ubat belian di kaunter dan ubat khas farmasi juga boleh dibeli.


Layari laman web e-farmasi kami untuk membuat pesanan dalam talian dan penghantaran terus ke rumah anda.


Farmasi Onkologi
Kami mempunyai pasukan kemoterapi istimewa dan terlatih yang bekerjasama rapat dengan pakar-pakar Onkologi dan jururawat dalam menjaga pesakit kanser yang memerlukan. Pasukan kemoterapi kami berkepakaran dalam menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit yang memerlukan rawatan kemoterapi. Perkhidmatan penjagaan paliatif juga ditawarkan dalam persekitaran pesakit luar.

Perkhidmatan Tambahan

Sebagai sebahagian daripada pelan penjagaan berpusatkan pesakit, kami menyediakan kaunseling farmaseutikal yang disesuaikan dan semakan ubat-ubatan yang komprehensif untuk meningkatkan lagi manfaat rawatan pesakit.

Sekiranya anda memerlukan sesi kaunseling atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang terapi ubat, interaksi ubat-ubatan atau kemungkinan alahan ubat, anda boleh membuat temujanji dengan ahli farmasi berlesen kami.

Pharmacists

Pasukan Ahli Farmasi

Saw Ching Yee
Jawatan:Penolong Pengarah, Farmasi, Pembangunan Perkhidmatan Klinikal & Inovasi Kesihatan Digital

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa, Universiti Monash Malaysia (Semasa)
  • Program Kepimpinan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara, Sekolah Perubatan Harvard
  • Sarjana Muda Farmasi, Universiti Monash Malaysia

Keahlian Profesional:

  • Pengerusi, MPS Young Pharmacists Cawangan Johor (MPS-YPC Johor)
  • Naib Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Johor
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES)


Shareena Khadmudin
Jawatan:

Ahli Farmasi Kanan

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Kelas Pertama)

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)


Jason Yoong
Jawatan:

Ahli Farmasi Kanan

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi (Dengan Kepujian), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)


Nadzirah binti Abdul Kadir
Jawatan:

Ahli Farmasi Kanan

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi (Dengan Kepujian), Universiti Malaya (UM)

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)


Nadhirah Binti Daud
Jawatan:

Ahli Farmasi

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi (Dengan Kepujian), Kolej Universiti KPJ

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)


Lim Li Chee
Jawatan:

Ahli Farmasi

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi (Dengan Kepujian), Universiti MAHSA

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)


Phuah Yi Chen
Jawatan:

Ahli Farmasi

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Famasi (Dengan Kepujian), Universiti Nottingham

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Ahli Farmasi berdaftar Majlis Farmaseutikal Umum (GPhC), United Kingdom


Joan Wang
Jawatan:

Ahli Farmasi

Pensijilan / Kelayakan:

  • Sarjana Muda Farmasi (Dengan Kepujian), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Keahlian Profesional:

  • Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Pengarah Pereka Kreatif, MPS Young Pharmacists Cawangan Johor

Contact info

icon

Location: Ground Floor

icon

Telephone: +607-381 7700 Ext 1153 / +607-381 7700 Ext 1155

Operating Hours:
Mon - Sun: 8:00am - 5:00pm
Public Holiday: Closed

Schedule an appointment

Order medicine from our Pharmacy

Have question?
Get in touch with Regency

Other clinical services

Clinical Services available in Regency Specialist Hospital

Clinical ServiceRehabilitasi

Penjagaan rehabilitatif ditawarkan untuk pesakit yang mengalami keadaan fizikal tertentu dan memerlukan masa u ...

Rehabilitasi
Clinical ServiceDietetik

Penerapan sains pemakanan ke dalam kehidupan manusia untuk kesihatan dan penyakit.

Dietetik
Clinical ServiceEndoskopi

Pasukan kami menyediakan pelbagai pilihan rawatan endoskopi yang berbeza berdasarkan keperluan pesakit dan mas ...

Endoskopi
Clinical ServiceHemodialisis

Pasukan kami kecil namun sangat mantap dalam menyediakan penjagaan perawatan dan kepakaran perubatan yang dipe ...

Hemodialisis
Clinical ServiceMakmal

Unit jabatan sokongan yang penting yang menyediakan keputusan ujian yang tepat dan pantas.

Makmal
Clinical ServicePenjagaan Harian Kem...

Kami menyediakan rawatan kemoterapi untuk pelbagai jenis kanser dan gangguan dalam darah.

Penjagaan Harian Kemoterapi
Clinical ServicePusat Estetik

Pusat Estetik di Hospital Pakar Regency direka untuk menjadi pusat perubatan kecantikan yang memenuhi keperlua ...

Pusat Estetik
Clinical ServicePusat Pemeriksaan Ke...

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pesakit.

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Eksekutif
Clinical ServiceRadiologi

Kemudahan perubatan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pengimejan diagnostik, termasuk Radiologi Inte ...

Radiologi
Clinical ServiceRehabilitasi

Penjagaan rehabilitatif ditawarkan untuk pesakit yang mengalami keadaan fizikal tertentu dan memerlukan masa u ...

Rehabilitasi
Clinical ServiceDietetik

Penerapan sains pemakanan ke dalam kehidupan manusia untuk kesihatan dan penyakit.

Dietetik