RGENCY

Gambaran keseluruhan

Pusat Rehabilitasi di Hospital Pakar Regency menawarkan penjagaan rehabilitasi yang menyeluruh dan komprehensif untuk pesakit yang mengalami masalah Neuromuskular, Kardiovaskular, Respiratori dan Perkembangan.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

Prosedur pembedahan besar seperti Pembedahan Jantung Terbuka, Pembaikan Tendon dan Pembedahan Otak memerlukan Fisioterapi dan Terapi Carakerja, disamping menjalani Fisioterapi Dada bagi mencegah komplikasi pernafasan dan pengekalan rembesan.

Di bawah kepakaran dan bimbingan Pakar Fisioterapi dan Jurupulih Carakerja, pelan rehabilitasi yang sesuai disediakan untuk memenuhi keperluan pesakit seperti melegakan kesakitan, meningkatkan fungsi fizikal atau mempelajari kemahiran baharu bagi menggantikan sebarang ketidakupayaan kekal.

Perkhidmatan Fisioterapi

  • Rehabilitasi Tulang Belakang
  • Rehabilitasi Sukan
    Matlamat program ini adalah untuk mengembalikan kecerdasan fizikal pesakit ke tahap sebelum kecederaan. Ia juga membantu individu yang ingin meningkatkan prestasi dalam sukan pilihan mereka. Penekanan khusus diberikan terhadap pencegahan kecederaan. Rawatan tambahan seperti terapi gelombang kejutan (SWT) boleh digunakan untuk meningkatkan pemulihan.
    • Tennis elbowo Golfer’s elbowo Kecederaan meniskus
    • Koyak ligamen krusiata anterior (ACL)
    • Tendonitis Patellar
    • Tendonitis Achilles
    • Plantar fasciitis
    • Buku lali terseliuh
    • Ketegangan otot Hamstring
    • Kecederaan kaf berputar
    • Sendi terkehel
  • Rehabilitasi Pasca Pembedahan
    Rehabilitasi atau pemulihan adalah komponen penting dalam mendapatkan semula fungsi anggota badan selepas prosedur pembedahan. Ia mengurangkan risiko kecederaan semula dan komplikasi lanjut. Ia juga membantu anda secara beransur-ansur untuk kembali bekerja, beriadah dan bertanding dalam acara sukan dengan lebih baik. Dalam program ini, pakar terapi kami menyediakan bimbingan one-to-one dan preskripsi latihan yang khusus untuk setiap pesakit.

    Kami menyediakan program rehabilitasipasca pembedahan untuk prosedur ortopedik biasa termasuk:
    • Pembaikan kaf berputar
    • Penggantian keseluruhan sendi (bahu, pinggul, lutut)
    • Rekonstruksi ligamen krusiata anterior (ACL)
    • Pembedahan lutut artroskopik (menisektomi dan pembaikan meniskal)
    • Pembedahan pinggul artroskopik (pembaikan labral)
    • Pembaikan tendon Achilles
    • Pembedahan leher dan belakang (fusi, laminektomi, dekompresi)
    • Pelepasan saraf (cubital tunnel, radial tunnel, carpal tunnel, tarsal tunnel)
    • Penetapan fraktur tangan dan kaki secara pembedahan
  • Fisioterapi Kardiopulmonari
    Rehabilitasi kardiopulmonari sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah jantung dan paru-paru seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), fibrosis pulmonari, fibrosis sistik, pneumonia dan serangan jantung (iskemia miokardium). Dalam program ini, kami juga menyediakan rehabilitasi sebelum dan selepas pembedahan untuk pesakit yang menjalani prosedur pembedahan seperti pintasan arteri koronari, penggantian injap jantung, reseksi paru-paru, angioplasti, pembedahan kardiotorasik dan pelbagai jenis pembedahan abdomen. Matlamat utamanya adalah untuk membantu membersihkan rembesan paru-paru, meningkatkan daya tahan dan mengembalikan kebebasan pergerakan menerusi program senaman khusus yang meliputi teknik pernafasan, latihan pengembangan dada, penyaliran postural, fisioterapi dada dan teknik penjimatan tenaga.
  • Rehabilitasi Neuro
    Rejimen rehabilitasi yang komprehensif ini membantu pesakit memaksimumkan dan mengembalikan pergerakan dan fungsi otot yang normal selepas serangan strok atau keadaan neurologi seperti:
    • Penyakit Parkinson
    • Sklerosis berganda
    • Kecederaan saraf tunjang
    • Kecederaan kepala
    • Disfungsi/Hilang keseimbangan
    • Bell’s palsy
  • Rehabilitasi Strok
    Terapi ini membantu pesakit mempelajari semula kemahiran motor yang terjejas akibat lesi otak. Pesakit strok boleh sembuh dengan intervensi yang sesuai dalam bentuk pendekatan pelbagai disiplin yang merangkumi:
    • Senaman untuk meningkatkan kekuatan otot dan koordinasi pesakit.
    • Latihan mobiliti/gait, yang melibatkan pembelajaran untuk bergerak menggunakan peralatan bantuan, seperti walker atau tongkat berkaki empat, atau ortosis (AFO dinamik) untuk menstabilkan dan membantu buku lali. Meja condong diguna untuk membantu pesakit berdiri. Treadmill dengan sokongan abah-abah (harness) digunakan untuk membantu meningkatkan keupayaan pesakit untuk berjalan. Ini dapat membantu mereka mempelajari semula kemahiran motor dengan cara yang selamat dan berkesan.
    • Stimulasi Otot Elektrik (EMS) membantu merangsang otot yang lemah atau separa lumpuh bagi membantu penguncupan otot dan kecerdasan otot.
    • Latihan untuk penjaga dan terapi rumah membantu melancarkan proses peralihan pesakit dari hospital ke suasana di rumah. Ahli terapi akan melatih penjaga tentang cara-cara memindahkan atau membantu pesakit berjalan secara selamat menggunakan alat bantu berjalan.
  • Rehabilitasi Vestibular
    Ini adalah satu bentuk terapi khusus yang direka untuk mengurangkan gejala-gejala gangguan vestibular. Golongan warga tua biasanya mengalami rasa pening dan hilang keseimbangan, yang mungkin merupakan masalah yang berhubung dengan gangguan pada telinga dalam. Kami mempunyai program berasaskan latihan yang dapat membantu pesakit meningkatkan keseimbangan dan mencegah daripada jatuh. Teknik seperti teknik posisi canalith (CRT), atau dikenali sebagai Epley manoeuvre, adalah efektif untuk pesakit yang mengalami benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).

Terapi Carakerja

  • Hand therapy
    Recommended for patients who have experienced upper limb fractures, nerve/tendon injuries, repetitive strain injuries, for example, Carpal tunnel syndrome, trigger finger, tendonitis, congenital deformities and more. Treatments include heat treatment such as wax therapy, hot packs and more.
  • Splints and orthoses
    This is the prescribing and making of customised splints for the upper and lower limbs, neck or spine. Some splints that we make are: elbow splint, munster splint, radial/ulnar block splint, wrist cock-up splint, anti-spastic hand splint, dynamic splint, extension through splint, intrinsic plus splint, finger gutter splint, anti-mallet splint, Kleinert splint, Capener splint, etc.
  • Neuro-rehabilitation programme
    The neuro-rehabilitation programme helps to improve the functional independence of patients in their daily activities. This programme may prove beneficial to patients with stroke, head injuries or spinal cord injuries and Guillain-Barre syndrome.
  • Caregiver training
    Caregivers are trained with the basic knowledge and skills to care for patients at home. This can help many types of patients, such as stroke patients who will need stroke rehabilitation at home.
  • AIDS / appliances prescription
    We can assess and prescribe appropriate aids or appliances for the patient, such as wheelchair, commode chair, shower chair or raised toilet seat to maximise the patient’s independence at home.
  • Pediatric occupational therapy
    Occupational Therapy in kids provides focused therapies for children with special needs, behavioral problems, or developmental delays. A combination of sensory integration techniques and state of-the-art family counseling with traditional occupational therapy that is specifically tailored to your child’s individual needs.

Perkhidmatan Tambahan

  • Rehabilitasi Sebelum & Selepas Bersalin
    Rehabilitasi sebelum dan selepas bersalin adalah proses paling penting selepas melahirkan dan penekanan khusus diberikan kepada senaman lantai pelvik. Dalam program ini, ahli fisioterapi akan membimbing anda menerusi latihan pemulihan selepas bersalin dan membantu mengurangkan risiko komplikasi kesihatan wanita seperti tekanan inkontinensia dan bengkung pelvik dan sakit belakang. Anda juga akan belajar bagaimana untuk memasang katil bayi secara ergonomik, bagaimana menjaga bahagian belakang anda dan teknik mendukung yang betul ketika menguruskan bayi anda.
  • Terapi Kraniosakral
    Terapi kraniosakral berfungsi pada sistem saraf pusat dan fascial untuk menguruskan kesakitan akut dan kronik. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan, kesejahteraan dan menguruskan tekanan.

Contact info

icon

Location: 1st Floor

icon

Telephone: +60 7-381 7717 / +60 7-381 7784

icon

Email: physiotherapy@regencyspecialist.com

icon

Operating Hours:
Mon - Fri: 8:00am - 5:00pm
Weekends & Public Holiday: 8:00am - 12:00pm

Schedule an appointment

Make an appointment with our Rehabilitation service today

Have question?
Get in touch with Regency

Other clinical services

Clinical Services available in Regency Specialist Hospital

Clinical ServiceRadiologi

Kemudahan perubatan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pengimejan diagnostik, termasuk Radiologi Inte ...

Radiologi
Clinical ServiceDietetik

Penerapan sains pemakanan ke dalam kehidupan manusia untuk kesihatan dan penyakit.

Dietetik
Clinical ServiceEndoskopi

Pasukan kami menyediakan pelbagai pilihan rawatan endoskopi yang berbeza berdasarkan keperluan pesakit dan mas ...

Endoskopi
Clinical ServiceFarmasi

Farmasi Regency menawarkan ubat preskripsi kepada pesakit dengan kaunseling farmaseutikal yang disesuaikan dan ...

Farmasi
Clinical ServiceHemodialisis

Pasukan kami kecil namun sangat mantap dalam menyediakan penjagaan perawatan dan kepakaran perubatan yang dipe ...

Hemodialisis
Clinical ServiceMakmal

Unit jabatan sokongan yang penting yang menyediakan keputusan ujian yang tepat dan pantas.

Makmal
Clinical ServicePenjagaan Harian Kem...

Kami menyediakan rawatan kemoterapi untuk pelbagai jenis kanser dan gangguan dalam darah.

Penjagaan Harian Kemoterapi
Clinical ServicePusat Estetik

Pusat Estetik di Hospital Pakar Regency direka untuk menjadi pusat perubatan kecantikan yang memenuhi keperlua ...

Pusat Estetik
Clinical ServicePusat Pemeriksaan Ke...

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pesakit.

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Eksekutif
Clinical ServiceRadiologi

Kemudahan perubatan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pengimejan diagnostik, termasuk Radiologi Inte ...

Radiologi
Clinical ServiceDietetik

Penerapan sains pemakanan ke dalam kehidupan manusia untuk kesihatan dan penyakit.

Dietetik